Press "Enter" to skip to content

Apakah Penyebab Penyakit Diabetes – 11 Faktor Utama

sebab penyakit diabetes atau kencing manis berlaku

Terdapat kira-kira 3.5 juta penduduk dewasa yang menderita sakit ini di Malaysia. Kencing manis adalah masalah kesihatan yang serius dikaitkan dengan kadar gula yang tidak normal di dalam darah. Antara puncanya adalah disebabkan oleh faktor genetik dan persekitaran. Berdasarkan satu entri di Wikipedia, penyakit ini disebabkan kandungan glukosa yang tinggi di dalam darah (hiperglisemia) terutamanya akibat pengambilan makanan.

Dua Jenis Diabetes

Terdapat dua jenis penyakit kencing manis iaitu Tahap 1 dan 2 (Didalam bahasa Inggeris dikenali sebagai Type 1 dan Type 2). Salah satunya iaitu Tahap 1 sentiasa memerlukan suntikan insulin untuk mengawal bacaan gula dalam darah kerana pesakit menghasilkan sedikit atau tiada insulin di dalam tubuh mereka. Walaubagaimanapun penyakit tahap 1 adalah kurang jumlahnya berbanding tahap 2. Majoriti penyakit diabetes jenis 2 boleh diubati atau disembuhkan.

Tanda-Tanda dan Simptom Kencing Manis

Di antara tanda-tanda penyakit diabetes untuk jenis 1 dan 2 adalah:

1. Kekerapan membuang air kecil

sering kencing

Membuang air kecil pada kadar yang terlalu kerap juga adalah tanda penyakit diabetes tahap 1 boleh mengakibatkan masalah dehidrasi (kekeringan akibat kurang air dalam tubuh) dan seterusnya memberi kesan buruk pada fungsi buah pinggang. Dikenali sebagai Polyuria, keadaan ini berlaku apabila anda mempunyai kadar gula yang berlebihan di dalam darah.

Selalunya, semasa buah pinggang menghasilkan air kencing, gula akan diserap semula dan masuk ke dalam saluran darah. Bagi pesakit Diabetes tahap 1, gula atau glukosa yang berlebihan terkumpul di dalam air kencing, menyebabkan lebih banyak air di dalam tubuh ditukar kepada air kencing.

2. Selalu rasa kehausan

haus akibat kurang air

Simptom ini dikenali sebagai polydipsia. Apabila badan anda tidak mampu untuk menghasilkan insulin yang mencukupi, gula akan terkumpul dalam kadar yang berlebihan di dalam tubuh, menyebabkan anda kerap kencing. Badan anda memerlukan anda menggantikan air yang telah hilang akibat kerap buang air kencing. Akibatnya anda merasa haus.

3. Pengurangan berat badan yang drastik

berat badan turun mendadak

Insulin yang kurang menyebabkan tubuh pesakit tidak mendapat bekalan gula (glukosa) daripada darah ke sel-sel tubuh untuk digunakan sebagai tenaga. Apabila ini berlaku, tubuh mula membakar lemak dan otot sebagai tenaga, menyebabkan pengurangan berat badan secara keseluruhan.

4. Rasa lapar yang kerap

lapar

Dikenali sebagai Polyphagia, ia adalah terma kesihatan yang merujuk kepada rasa lapar yang berlebihan atau selera makan yang memuncak.

5. Badan terasa lemah dan kurang bertenaga

kurang tenaga

Dua sebab utama rasa lemah dan letih adalah kerana kadar gula yang terlalu tinggi atau terlalu rendah di dalam darah. Kedua sebab tersebut berpunca daripada kadar gula yang tidak seimbang dan jumlah dan keberkesanan insulin.

6. Masalah kulit

sakit kulit

Diabetes boleh memberi kesan kepada setiap bahagian badan, termasuklah kulit. Namun masalah kulit dapat diubati sekiranya anda mendapat rawatan awal.

Sesetengah masalah kulit dihadapi oleh sesiapa saja, namun pesakit kencing manis lebih mudah dijangkiti. Ini termasuk jangkitan bakteria, fungus dan kegatalan. Ada juga masalah kulit yang dihadapi oleh pesakit sahaja contohnya necrobiosis lipoidica diabeticorum dan xanthomatosis.

7. Luka lambat sembuh

luka lambat sembuh

Level gula yang tinggi disebabkan oleh sakit ini akan memberi kesan kepada urat saraf dan menyebabkan aliran darah yang lemah. Ini menyebabkan darah sukar untuk sampai ke kawasan luka, untuk membawa nutrisi diperlukan bagi merawat luka itu.

8. Jangkitan yis

Jika penyakit kencing manis anda tidak dikawal dengan baik, kadar gula dalam darah akan meningkat terlalu tinggi. Ini menyebabkan percambahan yis yang berlebihan, terutamanya di kawasan kemaluan.

9. Rasa kebas di bahagian kaki

kebas di kaki

Urat saraf yang rosak akibat penyakit ini menyebabkan kekebasan.

Kajian telah membuktikan sebab penyakit Diabetes adalah seperti di bawah

1. Kegemukan atau Obesiti memberi kesan kepada metabolisme badan. Kesan ini menyebabkan tisu lemak adipose melepaskan molekul lemak kedalam darah, yang memberi kesan pula kepada sel yang respon kepada insulin. Hasilnya mengurangkan sensitiviti sel tersebut terhadap insulin.

2. Gaya Hidup yang tidak aktif. Satu kajian telah diterbitkan didalam International Journal of Behavioral Nutrition and Physical Activity pada Februari 2013 melibatkan lebih 63000 lelaki Australia dalam lingkungan umur pertengahan berkenaan berapa lama mereka duduk sahaja dalam sehari dan diagnosis untuk apa-apa penyakit kronik, termasuklah Diabetes tahap 2. Mereka yang terlinat memberi respon yang mereka hanya duduk selama kurang daripada 4 jam sehingga 8 jam sehari.

Para pengkaji mendapati, semakin lama mereka duduk, semakin tinggi risiko untuk mereka mendapat penyakit kencing manis tahap 2 dan pelbagai penyakit kronik yang lain. Walaupun jika sesetengah daripada mereka bersenam selalu, mereka masih mempunyai risiko untuk mendapat penyakit ini jika mereka duduk lebih daripada 4 jam sehari.

Apabila anda kurang bergerak, tubuh perlu bekerja lebih kuat untuk menyerap gula dan menghasilkan insulin. Ini memneri tekanan kepada sel-sel yang bertanggungjawab menghasilkan insulin, dan menjadi penyebabkan penyakit kencing manis.

3. Ahli keluarga yang lebih tua pernah mengidap penyakit ini, contohnya bapa atau nenek. Sekiranya ada ahli keluarga yang menghidap diabetes, samada yang masih hidup atau telah meninggal dunia, kemungkinan besar anda juga memiliki genetik sama seperti mereka (mudah untuk mendapat diabetes). Namun peluang untuk anda mendapat penyakit penyakit ini adalah nipis jika anda mengamalkan gaya hidup yang sihat seperti banyak bersenam, kurangkan aktiviti duduk selama lebih 4 jam dan kurangkan makanan mengandungi gula ringkas yang tinggi seperti kek, gula-gula dan ais krim.

4. Kadar kolesterol baik (HDL) yang rendah.

5. Kadar sejenis lemak triglycerides yang lebih tinggi berbanding kadar normal di dalam darah.

6. Umur yang semakin meningkat (Sakit tua).

7. Terdapat lebih daripada satu ketumbuhan cyst di ovari.

8. Kadar toleransi terhadap glukosa yang kurang cekap.

9. Rintangan terhadap insulin. Apabila tubuh menghasilkan insulin, sel-sel tidak mampu untuk menggunakan insulin dengan efektif, menyebabkan kadar gula dalam darah meningkat.

10. Wanita Mengandung yang tidak pernah mengidap kencing manis sebelum ini namun mempunyai kadar toleransi terhadap glukosa yang rendah semasa mengandung. Ini menyebabkan level gula di dalam darah menaik. Di dalam bahasa Inggeris, sakit ini dipanggil gestational diabetes.

11. Latar belakang kaum juga mempengaruhi. Sebagai contoh, bangsa Asia termasuklah Melayu, Cina dan India lebih berpotensi untuk mendapat penyakit ini berbanding bangsa Kaukasian.

Sebenarnya penyakit kencing manis boleh dikawal dengan disiplin dan keinginan yang kuat untuk menyembuhkan penyakit ini. Nabi Muhammad sudah menyatakan setiap penyakit ada ubatnya kecuali mati. Jadi usah berputus asa untuk mencari penawar yang adakalanya boleh didapati dengan mudah di sekeliling rumah kita atau di pasaraya, sebagai contoh peria katak.

pencegahan diabetes

Ubahlah gaya hidup kepada yang lebih sihat. Berpuasa, mengurangkan pengambilan gula ringkas, selalu melakukan gerakan dan senaman, perbanyakkan minum air putih bersih bertapis dan berhenti merokok antara kaedah yang anda perlu lakukan untuk mencegah penyakit ini.

Anda pernah dengar diet ketogenik? Popular dikalangan mereka yang ingin mengekalkan berat badan ideal, diet ketogenik adalah diet rendah karbohidrat yang anda boleh mulakan untuk mengurangkan kadar gula dalam darah.

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *