Press "Enter" to skip to content

Pengkaji Belanda Mendedahkan Kesunyian Boleh Meningkatkan Risiko Untuk Diabetes Jenis 2

Mereka yang kurang berinteraksi dengan orang lain lebih berisiko untuk mendapat peyakit diabetes jenis 2.

Berdasarkan kajian yang dialukan di Pusat Perubatan Universiti Maastricht di Belanda, dan hasil penemuan ini diterbitkan di dalam jurnal BMC Public Health, mendedahkan individu yang suka mengasingkan diri lebih mudah mudah untuk mendapat penyakit ini.

Maastricht University By Brightlands (Own work) [CC BY-SA 4.0 (https://creativecommons.org/licenses/by-sa/4.0)], via Wikimedia Commons
“Kebanyakan kaedah pencegahan kencing manis menfokuskan kepada aktiviti fizikal yang lebih aktif atau mengubah diet pemakanan seseorang, yang lebih sukar untuk dilakukan,” Miranda Schram, seorang epidemiologis di Universiti Maastricht memberitahu PBS NewsHour.

“Jadi kami ingin mencari kaedah alternatif yng lebih efektif untuk pencegahan (diabetes),” katanya lagi.

Universiti Maastricht menjalankan kajian berterusan tentang faktor risiko genetik dan persekitaran yang berkait dengan diabetes jenis 2. Sebahagian kajian melibatkan sejumlah besar populasi berumur 40 ke 75 tahun yang tinggal di selatan Belanda.

Para pengkaji telah menganalisa 2861 individu yang terlibat, dan melihat faktor mengasingkan diri dan kaitan dengan diabetes. Majoriti daripada mereka tidak menghidap diabetes, namun 43 peratus mempunyai Pre-Diabetes atau diabetes jenis 2.

Selepas mengumpulkan data daripada media sosial mereka yang terlibat dalam kajian ini melalui soal jawab dan pemerhatian akan hubungan sosial mereka, para pengkaji mendapati wanita dan lelaki yang mengasingkan diri lebih berisiko tinggi untuk mendapat diabetes tahap 2 berbanding mereka yang mempunyai jaringan sosial yang lebih besar.

Wanita yang kesunyian mempunyai 112 peratus risiko lebih tinggi, sementara lelaki pula 42 peratus. Lelaki yang tinggal sendirian pula mempunyai risiko 94% untuk mendapat penyakit tersebut.

Kajian tersebut juga mendedahkan saiz jaringan sosial dan jarak tempat tinggal dengan kawan-kawan dan ahli keluarga lain mempunyai kaitan terus dengan kebarangkalian untuk mendapat penyakit diabetes, terutamanya wanita.

By CuLeX- (Majlis Berambil-Ambilan Sufian & Suzie via Flickr) [CC BY 2.0 (http://creativecommons.org/licenses/by/2.0)], via Wikimedia Commons
Walaupun kajian tersebut menunjukkan kaitan yang jelas antara kesunyian dengan kencing manis jenis 2, pakar berharap pengkaji universiti terbabit akan meneroka subjek ini dengan lebih mendalam.

“Saya berharap pengkaji di Maastricht akan meluaskan kajian mereka melibatkan negara-negara lain dan meneliti faktor bangsa, umur, kadar stres, waktu tidur, senaman yang biasa dilakukan dan diet,” Gail Musen, pakar diabetes dan sains kognitif kelakuan, berkata kepada PBS NewsHour.

Kajian terbaru ini bukanlah yang pertama berkaitan kesan negatif dan penyakit akibat kesunyian. Saintis sebelum ini mengaitkan kesunyian dengan darah tinggi dan risiko yang lebih tinggi untuk nyanyuk (Alzheimer’s disease).

Vivek Murthy, bekas pakar bedah, menulis sebelum ini bahawa kesunyian dan jaringan sosial yang lemah berkait dengan umur yang pendek, kesannya sama seperti menghisap rokok 15 batang sehari. Malah kesannya lebih tinggi kepada individu yang gemuk.

Sumber: http://www.ajc.com/

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *